asmawati.asmawi94

5 tahun

Kesan pil perancang terhadap aktiviti seks

Saya berumur lingkungan 20an dan sudah berkahwin sedang mengalami masalah keluar darah seperti hari pertama haid selepas melakukan seks dalam tempoh 24jam. Tapi darah tersebut akan hilang keesokan harinya.Saya juga mengambil pil perancang dari klinik kesihatan terdekat.Apa pendapat Dr ?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, antara kesan sampingan yang biasa berlaku kepada pengguna pil perancang adalah:

  • Gangguan kitaran haid
  • Pendarahan antara kitaran haid (intermenstrual bleed)
  • Sakit kepala
  • Rasa loya
  • Sakit pada payudara
  • Naik berat badan
  • Rasa murung

*Kesan sampingan yang jarang sekali berlaku:

  • Pengurangan libido
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit
  • Ruam
  • Alahan yang teruk
  • Bekuan darah(thrombus) dalam salur darah
  • Migrain
  • Discaj dari payudara atau faraj
  • Ketumbuhan pada organ hati

Pendarahan yang berlaku selepas bersetubuh juga boleh berpunca daripada:
1. Faraj kering (“vaginal dryness”)

  • Hal ini lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita yang sudah putus haid.
  • Hormon estrogen diperlukan untuk memastikan faraj kekal lembap dan elastic. Wanita yang sudah putus haid mempunyai tahap estrogen yang lebih rendah dan mungkin mengalami masalah “atrophic vaginitis” di mana faraj kering dan mudah berdarah semasa perhubungan seks.

1. Penyakit kelamin (“sexually-transmitted diseases”)
2. Jangkitan kulat candidiasis (“vaginal thrush”)
3. Polip serviks (“cervical polyps”)
4. Ektropion serviks (“cervical ectropion”)

  • Keadaan ini berlaku apabila lapisan tisu dalaman serviks tumbuh di permukaan luar. Tisu dalaman serviks sangat lembut dan dipenuhi saluran darah yang kecil. Pendarahan boleh berlaku hanya dengan sentuhan lembut sahaja.

  • Ektropion ini sering berlaku kepada wanita yang hamil atau mereka yang mengambil pil perancang. Masalah ini mudah dirawat menggunakan laser atau ‘diathermy’.
    5. Kanser serviks (“cervical cancer”)
    6. Kanser rahim (“endometrial cancer”)

  • Kanser rahim yang lazimnya terjadi pada lapisan endometrium juga boleh menyebabkan pendarahan selepas seks dan pendarahan berlarutan di luar kitaran haid.

  • Kanser ini lebih biasa berlaku dalam wanita yang usianya melebihi 50 tahun atau sudah putus haid.

7. Faraj luka (“vaginal tears”)

  • Hubungan seks yang lasak boleh menyebabkan luka dalam faraj yang tidak mendatangkan kesakitan kerana tisu dalam faraj tidak mempunyai saraf yang peka terhadap perasaan sakit.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

menstruation

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)