
Anonymous
5 tahun
Kesan pil postinor2 pada bayi menyusu
Sya umr 29. Sya mngmbil pil postinor2 dan msih mnyusu bayi berumur 10bulan… apakah memberi kesan pada ank sya yang msih menyusu.? Dan apakah kesan padanya.? Sya mngambil postinor2 sbb sya trlupa mengambil pil perancang dgn teratur.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pengambilan Postinor2 tidak akan menjejaskan produksi susu jikalau ia diambil satu kitaran. Namun begitu terdapat beberapa peluang dimana postinor boleh menjejaskan produksi progesteron, estrogen dan sebagainya. Sebelum anda mengambil postinor2, kami menyarankan untuk merujukan pada doktor tentang ubat tersebut. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.