
Sulit
4 tahun
Kesan rokok elektronik
Saya nak tnya apa kesan hisap pod atau rokok elektronik… ada kah dpt kesan teruk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, rokok elektronik ini boleh memberi pelbagai kesan sampingan. Antaranya:
Jangka masa pendek
- Batuk
- Kesukaran untuk bernafas
- Sakit dada
- Radang tekak
Bagi jangka masa panjang, terdapat pelbagai kajian yang sedang dijalankan untuk mengenal pasti kesan sampingan memandangkan pengunaan rokok elektronik masih baru dipasaran.
Walaubagaimanapun, terdapat peningkatan kes penyakit paru-paru seperti paru-paru berair, pendarahan paru-paru dan sebagainya.
Sekiranya anda menghidapi gejala-gejala berikut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.