Sulit
20 bulan
Kesan sampingan tenof-em dan efavirens
Hai Dr
Saya nk bertanya, sekiranya pesakit mengambil ubat tenof-em dan efavirenz sab selepas itu pesakit megambil ubat iburofen dan Chlorphenamine serta ubat batuk, adakah akan memberikan kesan sampingan kepada pesakit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk menjawab soalan anda,tiada interaksi yang diketahui dan direkod antara ubat yang dinyatakan bersama efavurenz dan tenofovir - bagaimanapun, ini tidak bermaksud interaksi tidak wujud. Saya sarankan untuk anda sentiasa berunding dengan doktor yang merawat anda atau ahli farmasi anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.