
Sulit
3 tahun
Kesan selepas 3 bulan suntikan depo
Selamat pagi. Sy berumur 23 tahun, pada bulan feb yg lepas sy ada mengambil suntikan depo provera atas nasihat dr oleh kerana saya mempunyai endometriosis. Sekarang sudah lebih 3 bulan dan saya masih belum period. Adakah ianya normal untuk tidak period selepas 3 bulan suntikan? Dan bilakah saya akan period

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, depo provera biasanya berikan kesan prancangan sepanjang 3 bulan, dan haid akan kembali dalam jangka masa 6 hingga 12 bulan selepas tarikh pengambilan suntikan tersebut. Jangka masa haid kembali ini berbeza untuk setiap wanita, biasanya tidak melebihi 1 tahun.
Sekiranya anda mengalami gejala lain, atau haid terlewat melebihi jangka masa di atas, sila merujukkan masalah ini kepada doktor anda dengan lebih lanjut.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.