
Sulit
4 tahun
Kesan ubat Fluvoxamine Maleate (ubat anxiety) kepada air mani
Hi, Dr. Sy ingin bertanya. Saya dan suami saya kini sedang dalam perancangan untuk memiliki cahaya mata kedua. Tetapi kami risau sekiranya ubat FLUVOXAMINE MALEATE yang sedang diambil oleh suami saya ketika ini akan memberi kesan kepada kualiti air mani nya atau boleh memberi kesan kepada janin dan seterusnya kesan kepada keadaan anak tersebut kelak. Suami saya sudah ambil ubat tersebut sebanyak 2 1/2 biji selama tempoh lebih kurang 5 bulan. Disebabkan kerisauan ini, kami terpaksa menangguhkan niat kami untuk mendapatkan anak kedua pula. Mohon bantuan dari pihak Dr untuk penjelasan tentang kesan ubat tersebut kepada air mani suami saya dan kesannya kepada janin saya nanti. Terima kasih , Dr.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Fertility specialist kami sedia membantu.
Umumnya, setiap rawatan yang dibuat oleh doktor anda mesti telah mengambil kira beberapa aspek termasuk,
- kadar penyembuhan berpotensi paling tinggi,
- kemungkinan kesan sampingan yang paling minimum,
- dan kadar pemulihan jangka panjang yang paling optimum,
Yang pasti telah disesuaikan dengan keadaan khusus tubuh badan anda, berdasarkan penilaian yang komprehensif serta pengalaman daripada doktor itu sendiri.
Namun, umumnya Fluvoxamine Maleate boleh dikaitkan dengan penurunan libido. Oleh itu, anda disarankan untuk berbincang kembali denagn doktor anda agar solusi yang lebih memihak kepada situasi semasa boleh diambil kira.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Tambahan lagi, anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan kepada doktor kami secara langsung diatas talian.