
Sulit
5 tahun
Kesan ubat hormon selepas gagal ivf
Hello doktor
Saya telah gagal ivf buat pertama kalinya. Saya telah mengambil ubat2 hormon spt duphaston, crinone vaginal gel dan asid folic. Pada 17/3 sy telah mengalami period yang sangat banyak dan sakit lebih daripada biasa setiap bulan. Selepas itu saya mengalami demam urat terasa seram sejuk pada waktu siang dan sakit dada serta sakit tekak biasa. Demam saya telah baik dan suhu normal. Cuma saya masih terasa seram sejuk dikaki. Adakah semua ini kesan2 daripada pengambilan ubat hormon dan selepas berhenti ubat hormon. Saya hanya makan panadol dan ubat demam.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan gejala yang anda nyatakan, haid yang berlebihan serta sakit merupakan kesan sampingan ubat hormon tersebut. Walaubagaimanapun, demam dan seram sejuk bukanlah gejala ubat tersebut. Memandangkan demam anda telah pulih, hal ini sudah menjadi perkembangan positif. Namun, jika demam kembali semula anda harus mendapatkan rawatan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.