
Sulit
4 tahun
Kesan ubat supplement
doc,betol ker pengambilan ubat supplement kesihatan macam vitamin tambahan boleh menjejaskan kesihatan seperti buah pinggang rosak?adakah ia fakta atau mitos.mohon penjelasan dari doktor budiman

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, makanan tambahan tidak seperti ubat yang diberikan oleh hospital kerana mereka tidak melakukan kajian yang mendalam mengenai produk tersebut. Tambahan lagi, tahap kesihatan perlu diperiksa sama ada badan kita sesuai atau tidak untuk sesuatu makanan. Maka kita tidak tahu kesan makanan tambahan ini kepada anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sekiranya anda berniat untuk mengambil makanan tambahan tersebut, saya sarankan untuk anda berbincang dengan doktor kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan . Terima kasih.
Ingin mendapatkan kepastian tentang pemakanan yang betul?Pakar kami sedia untuk membantu anda.