
Sulit
3 tahun
Kesihatan rahim perempuan
hai doc, betul ke sakit tumit maksudnya ada problem dengan rahim wanita? seperti rahim jatuh? adakah mitos tu benar? mohon penjelasan. Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang punca sakit tumit. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, penyebab utama untuk masalah ini pada kebiasannya adalah disebabkan oleh hal-hal mekanikal ataupun pergerakan pada bahagian tumit itu sendiri . Apabila pesakit datang untuk berjumpa dengan doktor, hampir setiap masa sakit tumit ini adalah disebabkan oleh plantar fascititis. Plantar fasciitis adalah suatu keadaan di mana terdapat tekanan yang terlalu tinggi pada kaki anda dan seterusnya menyebabkan kecederaan kepada lembaran tisu ligamen pada bahagian tersebut. Selain daripada tumit yang sakit, pesakit akan mengalami situasi di mana telapak kaki sakit saat bangun tidur dan penyakit ini juga adalah penyebab telapak kaki sakit saat berjalan. Walau bagaimanapun, apa yang dirasakan itu akan berkurangan dengan pergerakan tetapi, adalah diingatkan bahawa jika kaki yang terlibat itu diletakkan dengan bebanan yang agak berat dan konsisten sepanjang hari, kesakitan akan timbul semula. Sekiranya telapak kaki sakit kalau ditekan, ia boleh meninggikan kebarangkalian bahawa diagnosis ini adalah tepat.
Berikut adalah antara situasi atau penyakit lain yang juga boleh menyebabkan sakit tumit:
Tulang calcaneal yang retak:
- Calcaneal adalah tulang tumit.
- Apabila ia dikatakan retak, ia terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada bebanan yang berlebihan dan secara berterusan kepada kaki tersebut.
- Sebagai contoh apabila pesakit terpaksa berjalan di permukaan yang tidak rata untuk waktu yang lama.
- Ketika pemeriksaan dilakukan oleh doktor, benjolan di tumit kaki bersama lebam mungkin akan ditemui.
- Pada peringkat awal, kesakitan akan dirasai semasa pesakit berjalan sahaja namun jika tidak diberikan perhatian yang sewajarnya maka keadaan tumit sakit saat bangun tidur dan ketika sedang berehat tidak mustahil akan berlaku.
Sindrom pad tumit (Heel pad syndrome):
- Sindrom ini selalunya disalah anggap sebagai plantar fasciitis oleh kerana ciri-ciri kesakitan yang hampir sama.
- Namun, sifat-sifat klasikal yang dibawa oleh sindrom ini adalah disebabkan oleh keradangan kepada lembaran tisu yang terdapat pada tumit, berbeza dengan plantar fasciitis yang disebabkan oleh isu degenerasi.
- Untuk masalah ini, pesakit biasanya akan mengalami telapak kaki sakit bagian tengah.
Neuroma:
- Ia adalah sejenis ketumbuhan yang bukan bersifat kanser yang berlaku di saraf kaki.
- Mempunyai simptom yang sama seperti plantar fasciitis , apabila bangun tidur telapak kaki sakit untuk berjalan adalah antara gejala-gejala yang biasa didapati selain daripada bengkak di tapak neuroma tersebut.
Ketuat:
- Penyakit ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang boleh merebak dengan mudah melalui sentuhan dengan kulit orang yang telah dijangkiti ataupun menggunakan barangan mereka.
- Ketuat pada bahagian tumit boleh menjadikan telapak kaki sakit bagian depan, tengah atau belakang. Ini kerana ia bergantung kepada lokasi ketuat tersebut.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.