
Anonymous
5 tahun
Kesihatan sexual (precum/preejaculation)
Dr, adakah risiko untuk kehamilan itu tinggi sekiranya air mazi terkena pada ovari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.Walaubagaimanapun, air mazi biasanya tiada sperma melainkan lebihan ejakulasi terdahulu. Persenyawaan atau kehamilan boleh berlaku jika sperma bersenyawa dengan ovum wanita. Ovum dan ovari adalah 2 benda berbeza, ovum adalah telur yang dikeluarkan oleh ovari pada pertengahan kitaran haid.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.