
aisyahzain80
6 tahun
Kesihatan wanita berkenaan haid
saya berumur 26. telah berkahwin 1 thn 33 bln. saya tidak. datang haid sejak 8 bulan lalu kemungkinan besar kerana beratbadan meningkat 8kg sejak berkahwin…namun baru2 ni saya mula amalkan pemakanan sihat dan senaman selama seminggu lalu mula ada discharge berwarna coklat dan kemudian bertambah bnyk…sy kira menjadi haid dgn wrna coklat kehitaman…apakah kemungkinan penyebab keluar discharge/haid brwrna coklat kehitaman ini…adakah drh haid lama keluar dan mnunjukkan saya akan dtg haid semula? atau ada kaitan dgn medical condition yg perlu sy ambil berat?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami masalah tidak datang haid sejak 8 bulan yang lalu.
Terdapat kemungkinan cecair coklat kehitaman yang keluar tersebut adalah darah haid dan darah haid yang lama tersimpan boleh kelihatan hitam atau lebih gelap.
Namun begitu, sebaiknya anda merujuk kepada doktor tentang masalah haid anda ini kerana haid tidak teratur atau masalah tidak datang haid boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain selain daripada masalah berat badan seperti masalah tiroid, masalah polycstic ovari dan struktur rahim, ovari atau cerviks anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian tentang masalah ini. Terima kasih.