
Sulit
4 tahun
Kesihtan lelaki seksual
Zaman remaja saya suka beronani sorang2…adakah ini salah 1 sebab bila saya berkahwin 9 tahun ni masih tidak ada anak. Ujian dah kami buat. Isteri takde ape2.saya tak sempat utk diperiksa atas sbb sperma…kering.boleh doktor suggest mcm mana dpt bantu saya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, beronani tidak akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kesuburan. Kesuburan seorang lelaki bergantung kepada sperma yang dihasilkan, kualiti dan kuantiti sperma sangat penting untuk menentukan kesuburan seorang lelaki. Antara kriteria sperma yang baik adalah :
- Jumlah sperma = 39-928 million
- Jumlah air mani yang keluar = 1.5-7.6 ml
- Konsentrasi sperma = 15-259 milion
- Jumlah sperma yang bergerak = 40-81%
- Morfologi atau bentuk sperma = 4-48%
Ketahui tentang masalah kesuburan lelaki dengan bertanya kepada Pakar yang bertauliah!
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.