
Sulit
5 tahun
Kesuburan dan kehamilan
saya bersama dengan suami di luar waktu kesuburan. adakah peratus untk hamil tinggi? saya ada juga ambil pil perancang tapi telah habis dimakan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, walaupun anda bersama dengan suami di luar waktu kesuburan, anda masih berpotensi untuk mengandung walaupun mungkit peratusannya tidak terlalu tinggi. Selain itu, pil perancang harus diambil setiap hari untuk ia berkesan mencegah kehamilan. Sekiranya anda berhenti, ia tidak lagi berfungsi untuk mencegah kehamilan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.