
Sulit
4 tahun
Kesukaran bernafas dan sebagainya
Saya wanita usia 20… saya dari dulu saya tak tau kenapa…masalah hidung saya atau paru-paru saya tak boleh nak menerima oksigen cth aircond or sbgainya…bila saya terhirup oksigennya saya akan rasa loya rasa nak muntah…saya juga kerap selalu buang air kecil,slalu rse letih , kurang selera makan, kerap penurunan berat badan, dada saya selalu sakit mcm rase tercucuk dan rse bergerak2

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, untuk mendapatkan diagnosis, penilaian keadaan secara fizikal oleh seorang doktor perlu dilakukan. Namun begitu, masalah sesak nafas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.