Sulit
3 tahun
Kesukaran Bernafas kerana merasa ada kahak di kerongkok/tekak ( tidak pasti )
Saya gadis berumur 19 tahun dan sejak dari dulu saya tidak pernah berjumpa dgn doktor untuk bertanya tentang masalah kesihatan saya . Saya taktahu kenapa bila saya bercakap saya akan rasa sukar untuk bernafas sebab tekak saya macam ada kahak yg tersekat . Adakah saya perlu mendapatkan rawatan daripada doktor ? Kerana perkara ini amat mengganggu rutin harian saya .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, oleh kerana tekak anda tidak sakit dang tidak mengganggu makan atau minum anda, perkara ini tidak merbahaya. Anda mungkin mengalami:
- Globus sensation- Terasa sesuatu di tekak tanpa ada benjolan atau benda asing dalam tekak
- Ketegangan otot tekak
- Refluks asid
- Post-nasal drip
Masalah ini tiada rawatan kerana saintis belum dapat mengenal pasti punca berlakunya perkara ini. Biasanya, ia boleh pergi dengan sendiri. Oleh itu, anda cuma boleh minum air dengan secukupnya. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.