
Sulit
3 tahun
Kesukaran Bernafas / Sakit di bahagian badan belakang / Pedih Di bahagian Perut / Cirit Birit
Saya berumur 35. mengalami kesukaran bernafas, sakit di bahagian belakang badan, pedih di bahagian perut dan cirit birit…Saya ada Gastrik agak teruk. kebelakangan ni kerap mengambil minuman Lemon… adakah di sebabkan Lemon terjadi permasalahan ini… terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu kesukaran bernafas, sakit belakang badan dan pedih perut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala seperti ini lazimnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah:
- Gangguan perasaan
- Kekurangan darah atau anaemia
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Serangan jantung
- Jangkitan paru-paru
- Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
Berkenaan dengan minuman buah lemon, anda dinasihatkan untuk tidak mengambilnya ketika perut kosong atau dalam kadar berlebihan bagi mengelakkan masalah sakit perut.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.