
Sulit
4 tahun
Kesukaran menelan air liur
Hi, Saya perempuan berusia 24 tahun sejak kebelakangan ini saya mengalami masalah mulut kering dan kesukaran untuk menelan air liur sehingga adakala sesak nafas seketika dan lega semula apabila dapat menelan air liur. Boleh saya tahu adalah ini normal? Untuk maklumat saya sedang consume ubat kencing manis dan pil loette(atas saranan pakar) untuk masalah period tidak teratur.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah tidak dapat menelan air liur serta sesak nafas dan dilegakan dengan menelan air liur. Kami juga dimakluman bahawa anda tengah mengambil ubat kencing manis dan ubat untuk haid tidak teratur.
Simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait dengan ubatan yang anda ambil ataupun tidak. Oleh itu, sejarah kesihatan anda perlu diketahui lebih lanjut bagi memberi jawpan yang tepat.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan sampingan ubat kencing manis iaitu:
- Mulut kering
- Pening
- Kurang gula dalam badan
- Keletihan
- Batuk
- Kegelisahan - boleh menyebabkan jantung berdegup laju dan sesak nafas
Manakala bagi kesan sampingan untuk ubat haid tidak teratur (Loette) ialah:
- Loya dan muntah
- Pening
- Tekanan darah tinggi
- Sakit payu dara
- Cirit-birit
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda mengenai masalah anda serta menerima nasihat mengenai pengambilan ubat-ubat tersebut dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat dengan lebih lanjut mengenai masalah anda. Terima kasih.