Sulit
3 tahun
Kesukaran untuk bernafas dan rasa seperti nafas yg saya ambil rasa tak puas dan sangkut di (jantung/paru-paru/hati)?
Saya remaja perempuan berusia 14 tahun dan saya ada masalah untuk bernafas dari dulu lagi. Saya boleh bernafas mcm biasa tapi kadang kadang rasa tak puas and rasa dia sangkut kat tengah tengah(jantung maybe). Harini saja 3-4 kali saya terjaga masa tidur. Sebab rasa tak boleh nafas and tak selesa. Saya ada masalah or apa-apa penyakit ke? Saya tak tahu mcm mana nak explain kat mak ayah saya. Untuk ke klinik bawa jumpa doctor. Mohon bantuan dan keterangan please. Terima kasih☺.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah kesesakan nafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah:
- asma
- jangkitan paru-paru akut
- jangkitan paru-paru kronik
- penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik
Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah:
- kegagalan jantung
- serangan jantung
- kelainan denyutan jantung
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami sesak nafas adalah:
- kekurangan darah merah
- alahan
- resdung
- kegelisahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.




































