
Sulit
5 tahun
Kesukaran untuk bernafas dan tangan menggigil secara tiba tiba
Saya wanita berusia 24tahun, kebelakangan ni saya kerap sakit dada dan sukar bernafas seolah olah saluran pernafasan saya sempit sehingga saya batuk tanpa henti. Saya tidak pulang dari luar negara. Saya juga mengalami tangan menggigil secara tiba tiba, sehingga mengganggu perhatian saya ketika melakukan sesuatu. Adakah saya perlu mendapat konsultasi di klinik berdekatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sesak nafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera kerana sesak nafas merupakan simptom yang serius. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.