
Sulit
4 tahun
Kesukaran untuk tidur
Nenek saya berumur 80tahun. Bebas penyakit darah tinggi, sakit jantung, kencing manis(ini saya tidak pasti). Nenek saya sangat sukar untuk tidur malam mahupun siang (tidur tidak sampai 1jam) walaupun telah beri kan ubat tidur (di farmasi) tetapi masih tetap sama tidak dapat tidur. Dan juga kerap berjalan ke bilik air untuk buang air kecil. Pernah warded pada bulan 11/2020 (4hari) Dan doktor kata tiada penyakit tetapi dikategori kan sebagai insomnia. Apakah rawatan Yang perlu nenek saya buat untuk dapatkan waktu tidur nya? Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Umumnya, gangguan tidur merupakan gejala yang sering dialami oleh individu di usia tua. Walau bagaimanapun ianya tetap perlu dirawat kerana tidur merupakan sesuatu yang penting dalam memastikan tubuh kita sihat dan berfungsi dengan baik.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dan kepentingan tidur pada nenek anda dan ahli keluarga yang lain
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- meminum air atau susu sebelum tidur
- memastikan kondisi tempat tidur selesa, nyaman dan bersih
- memastikan kawasan tidur senyap dan tidak ada gangguan cahaya
- memastikan jadual tidur nenek teratur (baca: sleep hygiene)
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun untuk menentukan apakah ubat diperlukan, sesi pertanyaan yang menyeluruh dan (jika diperlukan) pemeriksaan yang komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu. Hal ini adalah untuk mendapatkan diagnosis yang lebih baik dan seterusnya memastikan apakah kondisi anda memerlukan rawatan ubat dalam waktu yang terdekat.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.