
Sulit
3 tahun
Ketagihan beronani
Hai doc, saya wanita berumur 20 an . Saya mempunyai ketagihan untuk beronani dalam seminggu kira kira 3 kali saya beronani . Saya ingin bertanya , apakah kesan apabila jika saya sering beronani ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa kesan yang dapat berlaku sekiranya anda sering beronani. Antaranya adalah:
- Memerlukan stimulasi yang lebih tinggi untuk mencapai klimaks apabila bersama dengan pasangan
- Menyebabkan ketagihan dan menyebabkan gangguan kepada aktiviti harian anda
- Menimbulkan rasa bersalah, terutama selepas melakukannya
- Kecederaan kepada alat sulit sekiranya dilakukan dengan kasar
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.