
Sulit
3 tahun
Ketagihan kepada pronografi dan onani
Dr, saya umur 14 dan saya ada masalah ketagihan terhadap pornografi dan onani . Saya nak berhenti tapi saya tak mampu sebab nafsu terlalu tinggi . Tolong bantu saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, onani atau nama lainnya masturbasi merupakan satu kegiatan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual mengunakan tangan ataupun alatan seksual. Setiap lapisan umur dan masyarakat adalah tidak digalakkan untuk mengamalkan kegiatan ini kerana ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar dibendung. Ketagihan tersebut dapat menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti & kepuasan kepada hubungan seksual sebenar,
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat kelamin
Onani tidak dapat dipastikan untuk membuatkan seseorang lemah dan letih namun ianya boleh berkait rapat kerana interaksi hormon dalam badan. Kekerapan melakukan onani boleh menyebabkan kekurangan tenaga seksual serta masalah seperti ejakulasi pra-matang atau mati pucuk. Oleh itu, aktiviti onani ini tidak digalakkan kerana faktor-faktor tersebut.
Justeru kami menasihati anda agar menghindari aktiviti ini dan berjumpa dengan pakar psikiatri ataupun kaunselor untuk khidmat nasihat terutamanya jika ia sudah menjadi suatu ketagihan.
Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Bersenam atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Perbanyakkan aktiviti keagamaan
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.