Sulit
4 tahun
Keterangan tentang HIV
apa kesan atau implikasi apabila si suami yang mempunyai ulser dimulut , dan beliau cium mulut / lick pussy isteri nya ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ulser di mulut memberi ruang dan pendedahan kepada bakteria atau kuman untuk memasuki tubuh badan. Jika si isteri mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, sifilis, gonorrhea dan sebagainya, ianya akan meningkatkan risiko si suami untuk terkena jangkitan tersebut. Penyakit berjangkit yang disebutkan boleh berjangkit melalui cecair yang dirembes oleh badan terutama sekali ketika pasangan sedang melakukan hubungan kelamin. Namun begitu penyakit HIV tidak boleh berjangkit melalui air liur pesakit dan kerana ini, berkongsi minuman bersama pesakit HIV adalah dibolehkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.