
fairuzshida.pgt
5 tahun
Ketidak selesaan ketika telan air liur. Terasa bagaikan seauatu ada pada rongga tekaka menyebabkan ketidak selesa
Saya watita berusia 35 tahun. Kebelakangan ini saya rasa kurang selesa ketika hendak menelan air liur atau makanan. Seperti ada seauatu dalam rongga tekak sehingga ke perut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah tidak selesa menelan air liur boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi kerana kurang minum akibat cuaca panas
- radang tonsil
- adenoid membengkak
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.