
Sulit
4 tahun
Ketidakselesaan pada bahagian dada
Saya seorang perempuan berumur 21 tahun dan merupakan seorang pelajar. 3 Jun yg lepas saya ada mengalami heart palpitations. Saya rujuk pada bhg kecemasan di hosp. Smasa dtg, BP :160/127 dan PR : 136 dan T : 37.7°c. Dr msukkan 2 brg NS hydration. Dan ketika pulang BP : 143/91 dan PR : 102. Dr ada lakukan 2 kali ECG dan mengesahkan saya cuma mengalami “sinus tachycardia”. Sampel darah dan urine test jugak diambil dan Dr menjelaskan saya tidak mgalami apa2 mslh kecemasan dri segi jntung, hypertyroidism dan sbgnya. Smuanya okay. Kata mereka, saya cuma mgalami degupan jantung yg laju kerana stress, dehydrated atau gastrik. Dan saya bru mengetahui saya ada mslh gastritis ketika itu. Dr cuma beri paracetamol dan ubg angin sahaja. Dr juga ada suruh saya melunjurkan tgn utk mlihat sama ada ada jari yg bergetar truk seperti mslh jntung namun tiada juga.
Tpi sejak dri pulang tempoh hari saya sering merasakan badan berangin dan tidak selesa. Jantung juga terasa degupannya kerana sebelum ini saya tidak rasa akan degupan jntung.
Sabtu baru ini saya ada pergi ke klinik utk bertanya lebih lanjut akan mslh skin a tan saya sekiranya ada yg tidak saya ketahui. Dr juga mengesahkan saya mmpunyai mslh gastrik sahaja. BP : 120/80 dan PR : 84. Dr ada mmberi 3 jenis ubt gastrik kpd saya utk saya makan. Tpi kdgkala
saya merasakan tidak selesa di bhg tgh dada dan kanan dada. Bukan sakit, sengal atau mencucuk. Cuma skdr lenguh dan tidak selesa. Ianya benar menganggu rutin harian saya sbg seorang pelajar. Saya juga kerap sendawa dan perut berangin. Jantung juga ada terasa berdebar (memikirkan mgkin saya takut) tetapi PR saya dlm julat normal. Mengapa ya Dr? Saya runsing kerana ketika pergi ke klinik mahupun hospital tiada apa yg bermasalah namun, saya merasa tidak selesa. Dan apa yg hrus saya lakukan. Mgkin jugak mslh gastrik ttpi kata yg lain gastrik hanya akan sakit di sekitar ulu hati dan bkan pada bhg dada.
Pada pengetahuan Dr, period saya juga tidak teratur dan kdgkala hmpir 6 bulan tidak dtg. Semasa mgalami heart palpitations tempoh hari, saya didatangi haid. Tetapi ianya tidak banyak. Sangat sedikit dan tidak berbau seperti haid. Ia jugak berlanjutan hampir 2 minggu lebih. Terima ksih Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah sangat terhad berbanding dengan hospital dan klinik. Sejujurnya pihak kami tidak dapat untuk mengulas lanjut mengenai masalah anda lebih dari hospital yang anda kunjingi. Hal ini kerana mereka telah melakukan pemeriksaan lanjut ke atas anda. Sekiranya mereka mendapati tidak ada masalah pada anda, kami di sini tidak dapat untuk memberikan kesimpulan lain kerana kami tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai masalah anda.
Selain itu, untuk makluman anda, kadang kala gastritis juga boleh menyebabkan sakit dada. Akan tetapi sekiranya masalah ini berterusan tetapi, pemeriksaan mendapati anda tidak mengalami apa-apa masalah, boleh saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor pakar psiakitri kerana gejala yang anda alami juga bolh berlaku dalam pesakit yang mengalami masalah anxiety.
Untuk masalah haid tidak menentu anda, ianya boleh disebabkan oleh banyak masalah. Antaranya:
Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih