
Sulit
4 tahun
Ketidakselesaan pada dada kiri
Selamat petang. Saya adalah seorang perempuan yang berumur 21 tahun,seorang pelajar serta tidak didiagnosis apa-apa penyakit kronik sebelum ini.
3 Jun yg lepas, saya merujuk ke bhg kecemasan hospital kerana merasakan jantung berdegup agak laju dari kebiasaan dan disertai dengan rasa tidak selesa seakan ingin muntah. Pada awal kdtgn, BP : 166/127 dan PR : 136 dgn T : 37.7. Dr memasukkan 2 beg NS hydration dan ketika pulang, BP : 143/91 dan PR : 102. Pada awalnya Dr mengatakan jantung saya sedikit laju tetapi bukan dlm detak yg bahaya dan ingin memeriksa sama ada saya menghadapi hypertiroidism. 2 kali EKG dilakukan, sampel darah dan urine test juga diambil.Dr juga menyuruh saya melunjurkan tangan dan mengembangkan jari, tiada tindak balas, semuanya normal. Dr mengesahkan saya tidak mempunyai apa-apa penyakit jantung mahupun sebarang penyakit dalam bhg kecemasan. Heart palpitations yg dialami dikhabarkan mungkin berpunca dari stress ataupun gastrik. Ubat angin diberikan dan pertama kali saya mengetahui saya mnegalami sakit gastritis.
Hari sabtu, 3 hari yg lepas saya ada pergi ke klinik kerana merasakan ketidakselesaan bhg dada, badan berangin dan kerap sendawa. BP : 120/80 dan PR : 84. Teori Dr di klinik juga seakan sama dengan Dr di hospital. Dr juga menyuruh saya melunjurkan tangan dan mengembangkan jari, tiada tindak balas, semuanya normal. Saya sedikit gembira. KEtidakselsaan pada dada kiri dikhabarkan sebagai kesilapan postur tidur kerana saya tidak mempunyai masalah lain.
Namun semenjak semalam saya mula merasakan badan saya berangin dan rasa tidak selesa pada bahagian tengah dada dan dada kanan. Dan pada harini dada kiri dan rasa geli-geli di bahagian belakang badan serta rasa geli-geli di lengan kiri.Rasa tidak selesa yg dimaksudkan bukanlah rasa sakit menyucuk, panas dsb. Ianya sekadar rasa tidak selesa seperti ada angin disitu.
Saya berharap Dr dapat membantu saya. Saya runsing kerana pergi Dr manapun jwpn yg sama diberikan. Saya sihat saja namun mengapa wujud rasa sebegitu. Saya juga ada terbaca di internet , andai kita selalu terbaca akan penyakit yg bukan2 di internet dan merasa takut akan perkara itu, badan mula menunjukkan reaksi yg berbeza. Tapi saya juga tidak pasti. Pada pengetahuan Dr, saya juga didatangi rasa risau sekiranya saya tidak didiagnosis oleh apa2 penyakit ketika di bwh pemantauan dr namun bru mendapatinya ketika di rumah. SUngguh saya risau. Dr di hospital juga ada mengatakan mungkin saya stress namun, saya tidak merasakan begitu stress sekali. Terima kasih DR.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit dada sebelah kiri boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Oleh kerana anda telah menjalani pemeriksaan, maka diagnosis yang telah diberikan oleh doktor tersebut lebih tepat kerana mereka mempunyai kelebihan pemeriksaan fizikal. Perasaan risau akan sesuatu simptom memang boleh menimbulkan perasaan yang anda alami. Hal ini kerana daya fikiran kita sangat kuat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.