Sulit
5 tahun
Ketidakselesaan pada pernafasan, demam ringan on-off
TIADa traveling, TIADA direct contact.
TIADA batuk, selesema, sakit tekak.
Tapi ada sedikit gangguan pernafasan, kurang selesa (rasa mcm hidung tersumbat)
Demam ringan on-off kejap² sejak 5 minggu yg lepas, namun TIADA sakit² badan atau sengal sendi atau fatigue atau hilang selera makan. Cuma rasa badan panas sikit la waktu dia ON tu.
Saya ke klinik swasta biasa (atas nasihat hotline jabatan kesihatan yg saya hubungi), dan Dr swasta tu check semua. Katanya mcm low risk Covid19. Mungkin infection, dan diberikan paracetamol, antibiotic, ubat selesema.
Jadi perlukah saya buat saringan covid19 utk pengesahan? Jika tidak, apakah ubat yg sesuai utk mengurangkan ketidakselesaan pada pernafasan?
5 tahun
Selamat Sejahtera
Terima kasih di atas soalan yang diajukan. Saya memahami kebimbangan anda berkait rapat dengan wabak COVID-19. Berdasarkan simptom sesak nafas, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom nafas pendek yang anda alami, boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































