Sulit
3 tahun
Ketika bersama rasa pedih
Saya wanita umur 23 an sYa dah bersama banyak kali dgn suami tetapi setiapa kali bersama rasa sakit lepas bersama ketika kencing rasa pedih dan bengkak. 1 atau 2 hari saya rasa fatal kat faraj. Ape masalahnya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai dan selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan tentang keluhan anda iaitu rasa pedih yang anda alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa hal yang mungkin menjadi penyebab keluhan keluhan anda:
- penyakit yang mungkin anda hadapi
-keradangan faraj yang disebabkan oleh bakteria atau fungus
-masalah pada pangkal rahim, misalnya keradangan atau luka
-endometriosis
-Pelvic Inflammatory Disease
- penyakit menular seksual, seperti kutil kelamin, herpes genital, trikomoniasis
- vulvodynia
- penyakit kulit - faraj yang kering
- masalah pada faraj -vaginismus
Kami menasihati anda untuk segera berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital berdekatan sekiranya keluhan rasa pedih, bengkak dan gatal semakin bertambah. Hal ini supaya anda dapat menjalani pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan yang lebih tepat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih