
Sulit
4 tahun
Ketuat di bahagian takuk kepala zakar
Salam sejahtera Tn/Pn.
Sya ada masalah ketuat di bahagian takuk kepala zakar…
Rasa tak berapa selasa bila sya lihat walaupun setakat ini memang tiada apa2
yang berlaku/masalah.
Apakah punca dan bagaimana cara untuk hilangkannya…?
T.q Tn/Pn…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ketuat kelamin ialah sejenis ketumbuhan yang tidak berbahaya yang biasanya disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ia merebak melalu hubungan seks.
Kebanyakan orang tidak akan mendapatkan rawatan untuk ketuat kerana ia biasanya akan menghilang secara spontan tanpa sebarang rawatan. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih banyak dan besar. Hal ini kerana tanpa rawatan ketumbuhan itu boleh hilang tetapi virus itu masih berada di kulit anda. Ini boleh menyebabkan ia tumbuh di tempat lain dan merebak ke pasangan anda. Oleh itu anda digalakkan mendapat rawatan daripada doktor.
Jika anda mengesyaki anda mengalami jangkitan ini, berjumpalah doktor dengan segera. Terdapat beberapa alternative untuk merawat ketuat. Sesetengah ketuat boleh dirawat dengan ubat topikal khas dinamakan krim Imiquimod yang boleh disapu pada ketuat. Jika ketuat besar, doktor akan membekukannya dengan menggunakan cecair nitrogen yang dinamakan cryotherapy.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.