Sulit
4 tahun
Ketuat di kepala penis
Saya mempunyai ketuat di kepala penis dan di sekeliling leher kepala penis saya. Ubat apa yg patut saya dptkan untuk hilangkannya?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Ketuat pada zakar berpunca daripada jangkitan HPV. Sebelum melakukan apa-apa rawatan sebaiknya andaa berjumpa dengan doktor dahulu untuk mendapatkan kesimpulan pada masalah ini.
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan benjolan seperti ketuat pada bahagian kemaluan juga. Antaranya:
- Jangkitan herpes genital
- Jerawat
- Kista (“cyst”)
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































