
Sulit
4 tahun
Ketuat kelamin dh 3 thn
Sy alami ketuat kelamin dekat 3 thn…adakah merbahaya doktor?sy dh g beberapa klinik tp mcm2 jawapan doktor bg…sy agak risau jga…doktor bleh suggest tk klinik pakar puan yg ok…terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala ketuat pada alat kelamin lelaki ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus HPV (Human Papillovirus) iaitu sejenis jangkitan STD (Sexual transmitted disease) yang boleh merebak melalui hubungan seks yang tidak selamat.
Penyakit jangkitan HPV ini akan menyebabkan ketumbuhan ketuat kelamin yang bercirikan benjolan kluster seperti berbentuk kubis pada permukaan kulit. Jangkitan ini adalah bahaya kerana ia merupakan salah satu risiko yang berbahaya bagi penyakit kanser serviks, dimana virus tersebut boleh merebak ke sel dan tisu ruangan serviks dan menyebabkan penumbuhan dan perubahan sel yang malignan (luar kawalan).
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Oeh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang diperlukan bagi mengelakkan perkara ini menjadi berlarutan sehingga menyebabkan gejala kanser. Sementara itu, kami nasihatkan anda untuk tidak terlibat dengan aktiviti hubungan seksual bersama pasangan bagi mengelakkan jangkitan tersebut merebak ke individu yang berkenaan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.