
Sulit
3 tahun
Ketuat kelamin ketika hamil
Hi doc sy dijangkiti ketuat kelamin ketika hamil adakah ia akan menjejaskan kandungan saya.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, tiada kajian yang menunjukkan jangkitan ini boleh memberi kesan sampingan kepada kandungan. Namun, sekiranya anda masih was-was, anda boleh mengubati ketuat anda setelah bersalin. Hal ini kerana ketuat tersebut tidak membahayakan. Ia cuma menunjukkan bahawa anda dijangkiti oleh virus HPV yang menyebabkan ketuat kelamin.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.