Sulit
5 tahun
Ketulan dalam kawasan vagina
Saya berusia 31 tahun, masih belum berkahwin. Pernah melakukan hubungan sex sebelum ini. Tinggai saya 155cm berat 46kg. Saya dapati terdapat ketulan dalam kawasan vagina saya yang boleh dicapai hanya dengan memasukkan jari ketika mencuci bahagian dalam selepas waktu haid. Saya risau dan takut. Apakah ketulan itu? Ia tidak sakit atau apa2.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini sukar ditentukan memandangkan keterangan ketulan sahaja tidak cukup. Anda perlu merujuk ke doktor pakar sakit puan (ginekologi) agar dapat dilakukan pemeriksaan fizikal oleh doktor dan imaging (seperti ultrasound) untuk kepastian.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































