
Sulit
5 tahun
Ketulan dan najis berdarah
saya wanita dalam 20-an dan saya mengalami berak berdarah berterusan selama 2 minggu lebih, ia berlanjutan sehingga saya merasakan ada benjolan di dalam dubur, tetapi semasa membuang air besar tidak merasa sakit. cuma darah selalu keluar bersama najis. selepas itu, badan terasa panas seperti mahu demam. apa yang perlu saya lakukan bagi mengatasi masalah ini ? saya amat takut ia akan memberi kesan kepada usus saya. tolong saya doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak berdarah boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
Sebaiknya anda memeriksakan diri ke doktor seandainya perdarahan tidak berhenti, terdapat sakit, letih dan sebagainya kerana dikhuatiri terjadi kehilangan darah yang banyak sampai membahayakan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.