
Sulit
3 tahun
Ketulan darah keluar dari alat kelamin wanita
2 week nih saya ada amik pil perancang utk cegah kehamilan tapi tadi bila saya hendak buang air ada kesan tompokan darah dan ada ketulan darah ? Adakah itu haid atau sebaliknya? Adakah itu kesan sampingan pil perancang? Saya nak tahu adakah sy boleh hamil setelah makan pil perancang 1 hari selepas bersama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda mengalami tersebut, tompokan darah atau ketulan darah keluar adalah kesan sampingan umum untuk pil perancang, boleh berlaku seawalnya 3 bulan sejak anda mula mengambil pil perancang. Kesan ini adalah normal sebab tubuh anda masih berusaha untuk menyesuaikan diri dengan hormon dari pil perancang.
Selain itu, kesan pencegahan pil perancang biasanya akan berfungsi selepas 7 hari pengambilan, hubungan bersama sebelum itu mempunyai kemungkinan untuk hamil. Untuk memastikan pil perancang berfungsi dengan baik, anda perlulah mengambilnya setiap hari pada waktu yang tetap, pastikan tidak ada pil yang terlupa.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan.