Anonymous
5 tahun
Ketulan di bawah ketiak
Saya wanita berumur 23 TAHUN …selalunya akan ADA ketulan di bawah ketiak saya , seakan jerawat Batu … bila dipicit keluar nanah … adakah tanda2 kanser payudara
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,biasanya benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh:
- Foliculitis : Jangkitan pada folikel rambut. Disebabkan bahagian ketiak yang berlipat, mudah berpeluh dan memudahkan bakteria membiak, ini memudahkan masalah ini berlaku.
- Tindakan sering bercukur juga boleh menyebabkan luka dan jangkitan atau keradangan
- Benjolan lemak atau tisu fiber
- Bengkak pada kalenjar limfa
Untuk mengetahui penyebab benjolan di ketiak tersebut, kami memerlukan maklumat lanjut tentangnya serta maklumat lain tentang latar kesihatan anda. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) bercakap dengan pihak kami secara atas talian Terima kasih.
































