
Sulit
3 tahun
Ketulan di payudara lebih daripada 6 tahun
Saya wanita yg mempunyai ketulan di payudara Kiri, lebih 6 tahun, panjang lebih 2cm, boleh rasa ketulan tersebut drpd luar, tak pernah bertemu doktor untuk check payudara, mempunyai ibu saudara pesakit kanser payudara, adakah bahaya jika biarkan sahaja ketulan tersebut & apakah kesan jangka panjang terhadap payudara?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Perubahan fibrokistik
- Kista payudara
- Fibroadenoma
- Nekrosis lemak
- Cystitis
- Kanser payudara
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor