
Sulit
3 tahun
Ketulan di zakar atau alat kelamin
Seorang lelaki berumur 20an. Dua hari yg lalu, saya mendapati ada ketulan di alat kelamin yang mengeluarkan isi jika dipicit. Sedikit sakit jika dipicit. Namun tiada simptom seperti gatal-gatal atau kencing berdarah. Saiz juga tidak mengecil apabila saya picit untuk mengeluarkan isi. Boleh saya tahu apakah penyakit yg saya alami? Apakah yg perlu saya lakukan untuk mengubati perkara ini?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti HPV, Herpes, Klamidia, Sifilis, Gonorrhea, Trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
- Ketuat kelamin
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.