
Sulit
3 tahun
Ketulan pada payudara kiri. terasa panas bila disentuh dan kulit saya menjadi merah. ianya sakit bila disentuh
Saya berumur 27 tahun dan sudah berkahwin. Saya merasa ada 1 ketulan pada payudara kiri saya , ianya baru timbul sebulan lepas. Ketulan itu betul2 dibawah puting payudara saya, ianya terasa kenyal dan panas. Bila disentuh terasa panas dan kulit saya menjadi merah . Adakah ini kanser ? Saya sangat risau.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Fibroadenoma
- Kista payudara
- Abses payudara
- Kanser payudara
- Lipoma
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan