
Sulit
4 tahun
Ketulan putih di dalam vagina
Hi saya seorang wanita berumur 23 tahun. Lately ni saya berasa gatal2 di bahagian hujung vagina. Bila saya check terdapat ketulan warna putih di dalam vagina Dan berasa sangat gatal. Boleh saya tahu adakah saya mengalami jangkitan pada vagina?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Penjagaan kemaluan dan kawasan sekitar yang kurang bersih
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan kulat, bakteria atau virus
- Vaginal polyp
- Bartholin’s cyst
- Vaginitis
- Cervicitis
- Radang organ pelvis (pelvic inflammatory diseases)
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted diseases)
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Anda juga boleh lakukan perkara ini sebagai salah satu cara untuk menangani masalah ini:
- Meningkatkan penjagaan kebersihan kemaluan
- Pakai pakaian dalam yang bersesuaian dengan kulit
- Elakkan dari menggunakan pencuci wanita terlalu kerap
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.