
Sulit
4 tahun
Ketulan putih di scrotum dan jangkaan kos removal
saya lelaki berumur pertengah 20an. scrotum saya ada ketulan putih bawah kulit yang tak sakit bila disentuh. kalau dipicit dengan kerap nanti akan ada ‘mata’ dan akan kluar lendiran putih separuh keras yg keluar. kadang kala akan ada ketulan putih yang terasa pedih mcm bisul. bila picit akan kluar cairan putih kemudian beserta darah (saya suspect mcm bisul).
berbalik pada soalan asal, saya rasa scrotum saya ni kemungkinan adalah fordyce spots, kemungkinan juga cyst, jadi macam mana proses utk buang ni? dan berapa estimated cost untuk buang ketulan ni.
terima kasih.

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah biji ketumbuhan di buah zakar (testis).
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan biji pada kulit skrotum berikut adalah:
- Jerawat: buah zakar adalah bahagian yang mempunyai banyak folikel rambut (bulu), Folikel ini boleh mengalami jerawat kerana beberapa sebab, termasuk rambut yang tumbuh ke dalam (ingrown hair), liang tersumbat dan pengumpulan kotoran dan minyak daripada berpeluh atau tidak mandi dengan kerap
- Kista sebum (sebacceous cyst) : Kista sebum berlaku apabila udara, cecair, atau bahan lain terperangkap di dalam kelenjar sebum. Kelenjar ini mengandungi minyak yang disebut sebum yang membantu menjaga kulit anda.
- Ketumbuhan di buah zakar
- Keradangan buah zakar akibat jangkitan virus
- Kanser buah zakar
Maklumat diatas hanyalah penyakit umum, pemeriksaan lanjut mesti dilakukan di klinik untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Oleh itu sekiranya masalah ini berlarutan saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor bagi tindakan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah