
Sulit
4 tahun
Ketumbuhan biji putih keras di bahagian kulit telur zakar
saya lelaki umur 26 tahun… masalah saya di bahagian kulit telur zakar saya terdapat biji2 keras yang makin membesar… biji di bahagian dalam kulit bukan di permukaan kulit telur zakar… ada biji kecil yang bila di picit keluar seakan picit jerawat… dan yang besar keras dan xdapat untuk di picit dan berwarna putih… tapi saya tak ada masalah sakit apa2 di bahagian zakar cuma biji2 ni buat saya rasa xselesa… trma kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah biji ketumbuhan di buah zakar (testis).
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan ketumbuhan berikut adalah:
- Jerawat: buah zakar adalah bahagian yang mempunyai banyak folikel rambut (bulu), Folikel ini boleh mengalami jerawat kerana beberapa sebab, termasuk:
-rambut yang tumbuh ke dalam (ingrown hair)
-liang tersumbat
-pengumpulan kotoran dan minyak daripada berpeluh atau tidak mandi dengan kerap
Kista sebum (sebacceous cyst): Kista sebum berlaku apabila udara, cecair, atau bahan lain terperangkap di dalam kelenjar sebum. Kelenjar ini mengandungi minyak yang disebut sebum yang membantu menjaga kulit anda.
Ketumbuhan di buah zakar
Keradangan buah zakar akibat jangkitan virus
Kanser buah zakar
Maklumat diatas hanyalah penyakit umum, pemeriksaan lanjut mesti dilakukan di klinik untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Oleh itu sekiranya masalah ini berlarutan saya menasihatkan anda untuk berjumpa doktor bagi tindakan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.