
Sulit
4 tahun
Kiraan Hari Pertama Period setelah gugur
Saya berusia 41 tahun dab baru sahaja keguguran kandungan 14 minggu 6hari. Saya telah mengalami turun darah cokelat pada 20.3.2021.
Kemudian kali ke 2 tanda cokelat pada 24.3.
Darah merah mula turun on off pada 26.3.
Darah mula banyak bermula 29.3. dan poc mula keluar pada 30.3.
Saya S&C 31.3.
Soalan saya, bilakah hari pertama kiraan period saya yang baharu?
Bilakah saya boleh mula menunaikan solat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang pasti mengenai bilakah hari pertama anda datang haid memandangkan maklumat lanjut mengenai masalah anda perlu diketahui dengan lebih lanjut. Kebiasaannya, wanita yang mengalami keguguran akan datang bulan sekitar 4 hingga 6 minggu selepas keguguran. Namun begitu, ia berbeza antara individu.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.