
Sulit
5 tahun
Kitar haid dan kehamilan
Kitar haid saya adalah 24 hari.soapan saya,adakah normal kitraan haid sependek itu,dan bilakah waktu subur saya kerana saya sedang merancang untuk hamil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid normal adalah antara 21-35 hari, manakala tempoh datang haid normal adalah 2-7 hari. Waktu ovulasi ialah 14 hari sebelum anda datang haid. Oleh itu, waktu paling subur anda ialah pada hari ke-10 dalam kitaran haid anda. Anda boleh mencuba dalam jangka masa 2 hari sebelum sehingga 2 hari selepas waktu ovulasi. Hal ini kerana sperma dapat hidup untuk masa 5 hari dalam rahim wanita.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.