mirzanizam91
4 tahun
Kitaran haid 41 hari, tetapi ujian upt negatif
Dr, kitaran haid saya dah masuk hari ke 41. Saya buat ujian pregnancy tetapi negatif. Kitaran haid saya kebiasaannya 27-33 hari saje. Ni dah terlewat banyak hari. Saya selalu demam on off. Selsema, hidung tersumbat, sakit belakang, sakit kepala. Adakah itu tanda saya hamil? Tapi kenapa upt negetif?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, seandainya anda curiga hamil, kenalpasti 20 tanda-tanda awal kehamilan berikut dan sebaiknya lakukan pemeriksaan kehamilan sederhana yaitu urine pregnancy test (UPT). Urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes negatif menandakan bahawa anda tidak mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur ataupun masih negatif. Untuk panduan penggunaan UPT, sila rujuk di link ini (ujian kehamilan).
Untuk info tambahan, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.