
Sulit
3 tahun
Kitaran haid berhenti selama setahun lebih
Saya wanita berumur 21 tahun. Last saya datang haid pada umur saya 18 bulan 5. Ingat kan tu perkara biasa tapi saya takut sebab dah terlalu lama tak datang haid.Saya rasa mcm overweight tapi saya dah usahakan masih jugak tak datang haid. Mcm mana nak kembalikan haid seperti biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah haid anda yang tidak datang selama setahun lebih. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara amnya, gejala tidak datang haid juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain kehamilan, antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Akan tetapi, ia juga boleh berpunca atas beberapa faktor kesihatan yang lebih serius , seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami melalui telekonsultasi bagi mengenalpasti punca masalah haid yang anda alami agar rawatan yang tepat dapat diberikan kepada anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih