
Sulit
5 tahun
Kitaran haid lebih panjang
Saya baru keguguran pada Sept lepas. Masa tu usia kandungan saya dah 8 minggu. Complete miscarriage sebab kantung dah keluar. Tak buat d&c. Saya berpantang selama 2 minggu. Darah keguguran plak keluar selama lebih kurang 1minggu.
Period pertama saya pada 17/11. Sblm gugur period sy teratur selama 7 hari. Selalunya hari ke 5-7 dh coklat2 dan nak bersih.
Yang buat saya risau, selepas keguguran tempoh period saya kalini lambat bersih. Hari ke 5 sampai ke 6 masih ada coklat2. Hari pertama period keluar ketulan darah sama mcm sy gugur cuma tak sebanyak masa gugur. Seminggu sblm period dtg sy buat upt dan result negative. Normal ke keadaan ni bila lepas keguguran dan keluar ketulan tersebut? Sy dh periksa di hospital dan doc mengatakan ianya hanya blood clot.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan haid yang sedikit lama yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan ubat seperti ubat cair darah
- Pendarahan selepas keguguran boleh sedikit lama kerana perubahan hormon selepas keguguran
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.