
nurfatiha1007
5 tahun
Kitaran haid melebih 1 bulan
Hi, saya before ni saya ada amik ubat perancang and last month September saya dah stop amik ubat perancang. Period datang dari 9hb10 sampai 24hb10, 16 hari saya period. Then bulan November 8hb11 period saya dtg lagi sampai 7hb12 dalam sebulan juga saya period. Saya ada refer doktor utk check urine & darah tak pregnant pun & doktor pun takleh nk jelas kan apa sebabnya period saya macam tu. Doktor bagi saya ubat berhenti kan pendarahan kena habiskan dlm masa 3 hari tapi masih period lagi. Lepas 7hb12 tu saya dah stop period 2 hari je then dia sambung period 9hb12 sampai sekarang 19hb12. Saya tak ada rasa sakit apa2 dkt rahim & sepanjang saya bleeding/period tu pun tkda rasa pening & muntah. Just confused dgn kuantiti darah yg keluar sgt sikit & warna nya pun kadang merah terang kadang keluar warna coklat gelap. Boleh doktor jelaskan tak masalah saya ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.