
Sulit
5 tahun
Kitaran haid tidak stabil dan haid datang lambat dari krbiasaan
Saya mengalami kitaran haid tidak stabil . Kadang datang awal dan kadang datang lambat . Untuk kali ini , hampir dua bulan saya tidak mengalami haid . Apakah puncanya dan apakah cara untuk mengatasi masalah tersebut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham kebimbangan anda tentang perubahan kitaran haid anda. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.