
Sulit
4 tahun
Kitaran haid tidak stabil semenjak setahun lalu
Hai doktor, saya wanita berumur 22 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kitaran haid. Kitaran haid sebelum ini datang pada setiap bulan namun semenjak setahun lalu, kitaran haid saya tidak datang seperti kebiasaan. Saya telah berjumpa doktor dan telah scan di bahagian perut sebanyak 2 kali. Tiada sebarang cyst dikesan cuma untuk scan kali kedua, doktor maklumkan, rahim sedikit bengkak. Saya juga telah mengambil pil hormon atas saranan doktor. Period datang setelah mengambil pil tersebut tetapi pada bulan seterusnya period saya kembali tiada. Saya mohon pandangan doktor, apakah cara-cara yang perlu saya lakukan untuk menstabilkan period saya kembali ?.
Terima lasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!